RM21
Al kisah… Kasih benar kasih membawa anda kepada Annura yang
ditinggalkan oleh kekasihnya bernama Hafiz kerana berkahwin dengan
pilihan keluarga. Annura yang berumur 29 tahun dikatakan anak dara tua
kerana masih belum berkahwin dan mempunyai kekasih. Kunjungan keluarga
Annura ke rumah kawan baik mamanya telah menjurus kepada perkahwinan
anak-anak mereka apabila Dinzley secara berjenaka memberitahu bahawa dia
hanya akan berkahwin sekiranya mama Dinzley meminang Annura. Jeng..
jeng..
Kata-kata Dinzley itu telah memberikan harapan kepada keluarga Annura
dan keluarga Dinzley untuk menyatukan mereka. Ini kerana Dinzley dan
Annura masing-masing tiada kekasih dan mempunyai sejarah ditinggalkan
oleh kekasih hati. Dinzley yang terlajak kata telah menerima cadangan
mamanya untuk cuba menerima Annura walaupun hatinya amat berat untuk
sebarang ikatan.
Annura pula terpaksa menerima cadangan mamanya untuk kenal lebih
rapat dan seterusnya kepada membawa kepada hubungan yang lebih serius.
Annura menurut sahaja kerana tidak mahu menghampakan kedua orang tuanya.
Mamanya tidak memaksa tetapi amat berharap mereka disatukan. Dinzley
memulakan langkah dengan menghubungi Annura untuk berjumpa dan
berbincang masalah mereka. Dari percakapan Dinzley di telefon sudah
membuatkan Annura tidak menyukai Dinzley kerana seperti orang sombong
dan membangga diri.
DR. DINZLEY! Seorang doctor verterinar dan mempunyai sebuah klinik
haiwan. Perangai yang sangat cute, hensem dan baik hati tapi suka
menyakat @ menaikkan kemarahan Annura. Paksaan daripada kedua ibu bapa
mereka menyebabkan Annura menetapkan tempoh 1 tahun untuk berkahwin dan 6
bulan daripada setahun itu akan bertunang sekiranya tiada bantahan dari
Annura dan Dinzley.
Setiap hujung minggu mereka akan keluar bersama untuk kenal lebih
rapat. Di pejabat Annura, Razlan menantu kepada bosnya menaruh hati
kepada Annura dan sering menyakiti Annura kerana cemburu tanpa
pengetahuan Annura. Annura berasa berat hati apabila tempoh 6 bulan
telah sampai dan dia memaksa Dinzley untuk menolak pertunangan yang
dirancang. Tanpa di sangka, Dinzley telah menyatakan persetujuan untuk
meneruskan pertunangan kerana menjaga hati kedua2 ibubapa mereka.
Pertemuan demi pertemuan mereka masih berjalan tetapi tiada perubahan.
Pertunangan mereka mula dilanda krisis apabila Syirin iaitu bekas
kekasih Dinzley pulang ke Malaysia setelah mengetahui pertunangan
mereka. Dia ingin merebut kembali Dinzley yang masih dicintainya. Syirin
mula menjalankan misinya dengan mengatakan kepada Dinzley bahawa
operation barah rahimnya dulu berjaya dibuang tetapi sel² kanser itu
masih merebak dan dia tidak boleh hidup lama.
Dinzley yang bersimpati dengan Syirin telah menerima syarat yang
diminta oleh syirin iaitu perkahwinan itu perlu ditangguhkan selagi
Syirin masih hidup. Dinzley sangat tertekan kerana perasaan sayang dan
cinta telah hadir dihatinya untuk Annura. Annura juga tertekan kerana
Dinzley telah menyepi dan tiada lagi perjumpaan di hujung minggu bahkan
tarikh perkahwinan mereka semakin hampir. Dia berasa tertipu apabila
terserempak dengan Dinzley bersama seorang perempuan dan Razlan juga
memberitahunya bahawa sering terserempak Dinzley dengan perempuan yang
sama.
Perhubungan Annura dan Dinzley berada dipenghujung apabila Dinzley
meminta perkahwinan mereka ditangguhkan. Annura yang terguris hatinya
telah meminta pertunangan mereka diputuskan walaupun hatinya telah
diberikan kepada Dinzley. Akhirnya penipuan Syirin terbongkar dan
perkahwinan Annura dan Dinzley tetap diteruskan. Annura menerima Dinzley
kerana ingin membalas dendam di atas penangguhan perkahwinan mereka
disebabkan bekas kekasih Dinzley.
Selama setahun dia bersikap dingin terhadap Dinzley walaupun Dinzley
sering meminta maaf di atas sikapnya. Kedua ibu bapa mereka telah
menggunakan Syirin untuk memulihkan hubungan suami isteri itu. Berkat
kesabaran Dinzley dan bantuan ibu bapa mereka, Annura mula menunjukkan
perubahan dan berita gembira untuk Dinzley apabila Annura mengandung.
Annura dapat menerima dan memaafkan Dinzley setelah setahun membeku.
Syirin memohon maaf di atas perbuatannya dan cinta tak semestinya
memiliki. Happy ending… lovely couple
Tunggu apa lagi dapatkan dipasaran, Novel ni memang best tidak
membosankan dan antara novel yang wajib korang miliki. Kalau korang ada
novel yang korang nak aku ni sinopsiskan.. tinggalkan comment korang ok.
Chaiyo²…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan