"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan
saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya
sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima
saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati
yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat
menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup
Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki
Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan
dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat
disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan
hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak,
dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang
telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut
kepercayaannya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan