HARGA : RM35.00
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan
Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka
berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang
baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya
dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan
aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan
Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang
penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak.
Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya
dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di
sini…"
Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada
selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak
kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can
see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak
selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis
yang bertuah dan terpilih saja."
Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan
perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita
bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi
hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau
cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam.
Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang
boleh melenyapkannya."
Intan Zulaikha

Tiada ulasan:
Catat Ulasan